15 Feb 2018 10:02:02

Dakwa Tidak Terlibat Secara Langsung Dengan Projek Terowong Dasar Laut, Adakah P. Ramasamy Bercakap Benar?

loading...

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memanggil Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy untuk merekodkan keterangan berkaitan siasatan berhubung skandal terowong dasar laut Pulau Pinang semalam dilihat telah membuka lembaran baru.

Ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini semalam bagi memberi keterangan berhubung kes penyelewengan projek terowong dasar laut, Timbalan Ketua Menteri II itu sempat ditemubual oleh wartawan The Star Online.


Ketika memberikan respons kepada soalan wartawan, Ramasamy menyatakan bahawa beliau tidak terlibat secara langsung dan menegaskan projek kontroversi teraebut tidak melibatkan portfolio yang diamanahkan kepada beliau.

Sekalipun benar portfolio yang dipegang beliau tidak melibatkan projek terowong dasar laut, blog The Third Force tampil mendedahkan bahawa Ramasamy berkemungkinan mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan nasihat berkaitan projek tersebut memandangkan beliau turut menganggotai Majlis Pengangkutan Negeri Pulau Pinang seperti yang ditunjukkan seperti lembaran di bawah.

Klik untuk sumber rujukan

Berdasarkan lampiran di atas, tindakan P. Ramasamy yang menafikan penglibatannya secara langsung dengan projek penuh kontroversi itu wajar dipertikaikan.

Melalui artikel yang dikeluarkan oleh suara rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang, Buletin Mutiara bertarikh 16 Jun 2016, Lim Guan Eng ada menyatakan bahawa selain memantau, meneliti dan mengkoordinasi projek-projek pengangkutan awam di Pulau Pinang, ahli-ahli PTC turut berperanan mengemukakan cadangan konsep bagi pelaksanaan projek-projek berkaitan.

http://www.buletinmutiara.com/lantikan-ahli-ptc-kuatkuasa-serta-merta/

Lim Guan Eng dipetik berkata Mereka (ahli-ahli PTC) yang dilantik secara sah layak memberi pandangan mahupun cadangan yang bernas berdasarkan fakta kepada jawatankuasa PTC.

Ia merupakan penambahbaikan fungsi-fungsi PTC dalam menangani masalah kesesakan lalulintas di negeri ini melibatkan tiga cabaran utama iaitu kebersihan (cleanliness), kesesakan lalu lintas (congestion) dan keselamatan awam (crime) atau 3Cs, ujarnya yang berharap lantikan tersebut dapat membantu Kerajaan Negeri dalam perancangan pelaksanaan projek-projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang dan pembinaan jaringan lebuh raya serta terowong dasar laut.

Berdasarkan petikan artikel Buletin Mutiara di atas, persoalan yang wajar ditanyakan kepada Timbalan Ketua Menteri itu adalah, adakah beliau bercakap benar ketika memberikan kenyataan kepada wartawan?

- TTF

Sumber asal : my-fokus.com

Post a Comment:

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...