14 Feb 2018 12:01:25

Bapa didakwa dera anak perempuan

loading...

TAIPING, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu Seorang pekerja kantin kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuannya berusia enam bulan, 2 Februari lepas.

Tertuduh Mohamad Amirul Asnil Mat Pandir, 21, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Che Noralashiken Abd Razak.

Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mendera bayi itu sehingga mengalami kecederaan pendarahan dalam otak di Kampung Paya Baru, Kamunting kira-kira pukul 3 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 21 Mac ini.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahmadun manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Bernama

The post Bapa didakwa dera anak perempuan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Sumber asal : ismaweb.net

Post a Comment:

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...