15 Feb 2018 10:01:17

17 maut ditembak di sekolah [VIDEO]

loading...

TUJUH BELAS orang maut selepas bekas pelajar melepaskan tembakan di sekolah tinggi di Florida, Amerika Syarikat, hari ini.

Kejadian itu berlaku sejurus sebelum tamat waktu persekolahan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland yang terletak kira-kira 72 kilometer di utara Miami.

Syerif Daerah Broward, Scott Israel dalam sidang media berkata, suspek yang menggunakan raifal AR-15 dikenal pasti sebagai bekas pelajar, Nikolas Cruz, 19.

Cruz dibuang sekolah kerana masalah disiplin, katanya.

Cruz juga menyerah diri kepada polis selepas kejadian, katanya.

Katanya, mangsa terdiri daripada pelajar serta orang dewasa dan 12 daripada mereka maut dalambangunan sekolah, tiga di luar sekolah manakala dua lagi ketika mendapat rawatan di hospital.

Menurut kumpulan kawalan senjata, Everytown for Gun Safety, ini adalah insiden tembakan ke-18 berlaku di sekolah bagi tahun ini.


Sumber asal : hmetro.com.my

Post a Comment:

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...