14 Feb 2018 06:01:39

Jenazah Nur Afini Selamat Dikebumikan

loading...

TAMPIN Jenazah Nur Afini Roslan, 14, yang maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas pagi tadi selamat dikebumikan malam ini.

Pelajar Maut Terkena Pisau Pemotong Rumput

Jenazah yang tiba di Tanah Perkuburan Islam Pusara Damai Sungai Kelamah, di sini 10.30 malam dibawa ke masjid berdekatan untuk solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Satu Masjid Kariah Sungai Kelamah Ibrahim Kamarun.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan yang dihadiri keluarga dan kenalan mangsa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Nur Afini meninggal dunia di tempat kejadian manakala Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera. BERNAMA

Loading...


Sumber asal : mynewshub.cc

Post a Comment:

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...