15 Feb 2018 10:02:34

Makan Dalam Habis! 'Ramai Yang Mengharap Pejabat PTPTN Yang Terbakar Bukan KWSP' - Ini Respon Admin PTPTN

loading...

Semalam, heboh di media sosial mengenai pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hangus dijilat api dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu. Menurut maklumat awal, sebanyak 40 peratus bangunan 6 tingkat itu terbakar.

Namun disebalik insiden itu, ada sesetengah pihak yang seakan mendoakan sesuatu yang tidak elok terjadi. Mungkin dalam nada gurauan, namun balasan yang diterima kemudiannya memang makan dalam kata orang.

Satu akaun Twitter, Perak Power memuat naik satu tweet yang mengatakan ramai yang mengharapkan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terbakar dan bukan pejabat KWSP. Perkara itu dipercayai sebagai satu helah supaya rekod pinjaman hilang dan peminjam bebas berhutang.


Walaupun dilihat lucu dan mungkin hanya bergurau senda, tweet berkenaan mendapat perhatian daripada pengendali pihak PTPTN sendiri menerusi akaun rasmi mereka.




Balasan yang dibuat admin tweet PTPTN antara lain menasihatkan akaun berkenaan tidak mendoakan perkara yang tidak elok kepada pihak lain. Apatah lagi bagi pihak yang pernah memberi bantuan kepada pelajar melanjutkan pengajian tinggi.

Pesannya lagi, pihak terbabit perlu lebih menghargai dan memikirkan jika situasi buruk yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk keluarga individu itu.

Sumber: Perak Power

FACEBOOK KIM SKIN

Sumber asal : kakishare.tv

Post a Comment:

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...