15 Feb 2018 05:00:45

Muhyiddin akui tandatangani surat projek NFC

loading...
Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Muhyiddin akui tandatangani surat projek NFC

14 FEB: Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengakui beliau adalah inividu yang menandatangani surat projek National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau ketika itu beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Muhyiddin berkata, ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri hendak kepemimpinan supaya meningkatkan hasil pengeluaran bahan makanan negara.

Walaupun mengaku menandatangani surat projek berkenaan, Muhyiddin mempersoalkan tindakan kerajaan terutama Kementerian Kewangan yang tidak mengambil tindakan ke atas individu yang menyalahgunakan pinjaman projek ternakan itu.

Berikutan itu, beliau berkata, pihak yang sepatutnya bertanggungjawab adalah Kementerian Kewangan dan bukannya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diterajuinya ketika itu.

Muhyiddin berkata demikian di dalam sidang media di pejabat PPBM sebagai mengulas pertanyaan sama ada beliau bertanggungjawab atau tidak dengan kegagalan projek NFC itu.

Ahli Parlimen Pagoh itu sebaliknya mempersoalkan mengapa pihak yang berhak ambil tindakan sama ada kerajaan pusat atau Kerajaan Negeri Sembilan yang terbabit ke atas pemilikan tanah projek berkenaan tidak berbuat demikian.

Share This:

Sila Tularkan Berita ini:

Like this:

Like Loading...

Related

Share


Sumber asal : bnbbc.my

Post a Comment:

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...