14 Feb 2018 09:00:26

Pengesahan Jantina: Pihak Nur Sajat Enggan Beri Kerjasama Pada JAKIM?

loading...

Persoalan mengenai jantina usahawan media sosial Nur Sajat sudah menjadi bualan Netizen sejak beberapa lama. Nur Sajat yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik transgender mendakwa seorang wanita, bagaimanapun ia mendapat reaksi Netizen yang inginkan JAKIM membuat pengesahan mengenai jantina sebenar personaliti itu.

Pihak JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat dan ibu bapanya, dan telah mempersetujui untuk menjalankan ujian pengesahan jantina di mana keputusannya akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan.

Dalam satu perkembangan terbaru, mStar Online melaporkan pengesahan jantina Nur Sajat mungkin mengambil masa lebih lama apabila mendakwa telah dihalang untuk meneruskan prosedur berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof memberitahu proses itu dihalang oleh pihak ketiga di pihak Sajat.

Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini.

Identiti ‘pihak ketiga’ itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang.

Izwan bagaimanapun pihaknya akan terus berusaha untuk mendapatkan pengesahan tersebut demi mendapatkan jawapan untuk persoalan masyarakat.

Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu.

mStar melaporkan kerjasama yang dimaksudkan ialah mendapatkan persetujuan di pihak Sajat. – beautifulnara.com


Sumber asal : beautifulnara.com

Post a Comment:

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...