15 Feb 2018 10:01:40

Samsung Menghentikan Kemaskini Android Oreo Untuk Galaxy S8

loading...

Kemaskini ke Android Oreo mula diterima pengguna Galaxy S8 di Jerman minggu lalu dan minggu ini di Malaysia. Ia membawakan fungsi bintik notifikasi pada ikon aplikasi dan antaramuka Samsung Experience 9.0. Ramai pengguna pasti gembira mereka akhirnya dapat menggunakan versi Android terkini.

Tetapi menurut laporan Sammobile, Samsung telah menghentikan kemaskini ke Android Oreo semalam. Malah firmware G950/G955-FXXU1CRAP untuk kemaskini telahpun dibuang dari server Samsung. Tidak diketahui mengapakah kemaskini ini dihentikan buat masa ini.

Setakat ini kami masih belum menemui sebarang masalah dengan Galaxy S8+ yang telahpun dikemaskini ke Android Oreo. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz yang menggunakan peranti yang sama?


Sumber asal : amanz.my

Post a Comment:

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...