15 Feb 2018 05:00:47

Tiga maut selepas ziarah kematian ahli keluarga

loading...
Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiga maut selepas ziarah kematian ahli keluarga

14 FEB: Perjalanan pulang empat sekeluarga dari menziarahi kematian ahli keluarga mereka di Seberang Perai, Pulau Pinang bertukar menjadi tragedi apabila tiga daripada mereka maut selepas kereta mereka naiki bertembung dengan lori membawa sawit di Kampung Padang Terap 12, Kulim, hari ini.

Tragedi itu mengakibatkan Azli Adzali, 46 yang juga pemandu kereta, dan isterinya, Hasimah Saari, 32 bersama-sama bayi perempuan mereka, Nuranis Umairah, 16 bulan maut di tempat kejadian, manakala Saari Man, 71, iaitu bapa Hasimah, cedera.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mokhtar dalam satu kenyataan memaklumkan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu, kira-kira jam 12.18 tengahari.

Apabila anggota kami tiba di tempat kejadian, mendapati semua mangsa berada di dalam kenderaan, manakala penumpang hadapan dan pemandu tersepit.

Seorang lelaki yang duduk di kerusi penumpang hadapan parah, manakala pemandunya dan dua penumpang belakang, iaitu seorang wanita dan bayi perempuan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Semua mangsa yang terbunuh diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Kulim, katanya dalam kenyataan media.

Sementara itu, Ketua Polis Kulim, Superintendan Ahmad Nasir berkata, hasil siasatan awal mendapati lori membawa sawit terbabit datang dari arah Serdang, manakala kereta proton Satria Neo dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Kulim menghala ke Serdang.

Share This:

Sila Tularkan Berita ini:

Like this:

Like Loading...

Related

Share


Sumber asal : bnbbc.my

Post a Comment:

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...