Expired : 18.06.18

'Abang Botak' Bebas Daripada Jalani Hukuman Penjara




Kamaruddin Razal



Berita

'Abang Botak' Bebas Daripada Jalani Hukuman Penjara
Abang Botak yang dihukum penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta menggunakan topi keledar hanya sempat bermalam enam hari di penjara sebelum dia dibebaskan sementara daripada menjalani hukuman tersebut.

Ia berikutan Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu, lapor Sinar Harian.

Hasil semakan, pendengaran permohonan itu berlangsung di hadapan Majistret Nur Shahira Abdul Salim, Jumaat lalu.

Mahkamah menetapkan RM6,000 sebagai jaminan dan memerintah Abang Botak atau nama sebenarnya Danial Tan Abdullah melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, semakan juga mendapati, Danial, 31, turut memfailkan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.

Peguam yang mewakili Danial, Nur Rafiuddin Maswari mengesahkan perkara tersebut.

Pada 31 Mei lalu, mahkamah menjatuhi hukuman itu selepas Danial yang bekerja sebagai pembantu stor kilang mengaku bersalah memecahkan cermin hadapan kereta Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 58.

Keputusan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke penjara kerana tidak membuat permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman.

Terdahulu, tular video di laman sosial mengenai kejadian tersebut dan polis berjaya memberkasnya.

Sumber: Sinar Harian / Astro Awani


Norlida Ishak Shop