Expired : 18.06.18

'Bukan ingin cari nahas...'

“BUKAN ingin mencari nahas tetapi sebelum membeli tiket penerbangan ke Osaka (Jepun), ramalan mengenai bencana Taufan Hagibis masih samar,” kata Hasnuddin Abu Samah, 44.


Menurutnya, pihak berkuasa negara itu juga tidak membuat sebarang sekatan perjalanan bagi pelancong ke lokasi berkenaan dan perkara itu menyebabkan dia meneruskan perancangannya untuk bercuti bersama isteri, Azida Hashim, 42, dan anaknya, Haris Hasnuddin, 18.


Menerusi satu status yang dimuat naik Hasnuddin hari ini, menyatakan bencana itu bakal berlaku pada Sabtu dan Ahad ini dan menyebabkan beberapa perlawanan Piala Dunia Ragbi yang diadakan di negara itu terpaksa dibatalkan.


Selain itu, dia juga menyatakan taufan berkenaan dijangkakan adalah yang paling besar dan ganas pada tahun ini serta akan menyebabkan berlaku tiupan angin selaju 240 kilometer sejam (km/j) selain mampu menyamai kategori lima seperti yang dicatatkan Taufan Hurricane.


Hasnuddin berkata, dia sekeluarga tiba di Osaka pagi semalam selepas membeli tiket penerbangan pada minggu lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 18 Oktober ini.


“Sebagai persediaan saya sudah menyediakan beberapa keperluan berdepan dengan bencana itu antaranya bekalan air, bekalan makanan yang tidak perlu dimasak dan menginap di kediaman yang berisiko rendah mengalami kerosakan.


“Saya juga ada membaca mengenai kesan bencana itu antaranya bakal mengalami terputusnya bekalan air, elektrik dan komunikasi,” katanya.


Katanya, pihak media tempatan juga kerap memaparkan mengenai jangkaan berlakunya bencana itu menerusi televisyen.


“Bagaimanapun, dari sudut positif mungkin berlakunya bencana ketika melancong bersama keluarga memberikan pengalaman yang berbeza untuk kami bertiga,” katanya.


Norlida Ishak Shop