Expired : 18.06.18

'Tunggu esok saya jelaskan'

“DATANGLAH esok, saya buat sidang media di pejabat ST Rosyam Mart,” kata Datuk Rosyam Nor yang menghubungi Harian Metro.


Sidang media akan dibuat pelakon terkenal yang berstatus usahawan itu bagi menjelaskan isu pasar raya ST Rosyam Mart yang tular di media sosial.


Semalam Harian Metro berusaha menghubungi Rosyam termasuk menghantar kiriman WhatsApp kepada beliau untuk mendapatkan penjelasannya.


Ia berikutan dakwaan pemilik sebenar pasar raya terbabit ialah peniaga bukan Melayu yang tular baru-baru ini.


Bahkan, Rosyam yang berpengaruh dalam dunia hiburan tanah air dikatakan dilantik menjadi duta bagi menarik pelanggan Melayu.


Bagaimanapun, dalam temubual bersama media ketika majlis pelancaran ST Rosyam Mart, Rosyam berkata ia percubaan pertamanya mengusahakan pasar raya borong dengan harga barang berpatutan.


Malah, Rosyam memberitahu beliau juga bekerjasama dengan syarikat Sri Ternak.


Sebagai selebriti terkenal, fokus Rosyam adalah lebih kepada aspek penjenamaan dan promosi terhadap pasar raya itu.


ST Rosyam Mart yang beroperasi 24 jam sehari di Setiawangsa mula dibuka kepada pelanggan sejak pertengahan tahun lalu.


Pasaraya itu mendapat perhatian luar biasa orang ramai apabila menawarkan harga berpatutan.


Norlida Ishak Shop