Expired : 18.06.18

10,505 kes COVID-19 di Israel

TEL AVIV, 18 Syaaban 1441H, Ahad – Negara haram Israel mencatatkan peningkatan kes wabak COVID-19 sebanyak 10,505 pada semalam.


Kementerian Kesihatan negara tidak diiktiraf itu dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, seramai 152 pesakit dilaporkan dalam keadaan stabil, 191 lagi kritikal, manakala 95 penduduk haram telah meninggal dunia.


Pada masa sama, kementerian itu berkata, seramai 739 pesakit sedang dikuarantin di hospital, 6713 di rumah dan selebihnya iaitu 1044 lagi dikuarantin di hotel.


Selain itu, katanya, sekurang-kurangnya 1,236 pesakit telah pulih daripada virus itu.


Terdahulu, Menteri Kesihatan Israel, Ya’acov Litzman dan isteri antara individu yang disahkan positif COVID-19. -Agensi


The post 10,505 kes COVID-19 di Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.