Expired : 18.06.18

10 bayi baru lahir di Romania positif COVID-19

BUCHAREST, 13 Syaaban 1441H, Selasa – Hospital bersalin di Romania disiasat, selepas 10 bayi yang baru dilahirkan didapati positif wabak pandemik COVID-19.


Difahamkan, bayi-bayi berkenaan dipercayai dijangkiti dari petugas kesihatan di hospital berkenaan.


“Ibu mereka disahkan negatif tetapi bayi diuji positif dan kita menjangka mereka dijangkiti dari petugas kesihatan,” kata Menteri Kesihatam, Nelu Tataru.


Bagaimanapun, tiada sebarang simptom dialami oleh bayi-bayi berkenaan dan kesemuanya sedang dikuarantin di hospital.


Hanya seorang daripada mereka telah pulang ke rumah untuk melakukan kuarantin.


Pada masa sama, Tataru berkata, jangkitan itu berpunca daripada petugas kesihatan dan Lembaga kesihatan awam setempat (DSP)


Ketua DSP yang ditugaskan itu juga telah dipecat.


Salah seorang ibu kepada bayi-bayi berkenaan mendakwa bahawa kakitangan kesihatan di sana tidak memakai topeng muka.


“Khamis lalu, hospital ini telah dinyah kuman dengan kami berada di dalamnya,” katanya.


Selain itu, petugas kesihatan di hospital itu beberapa minggu sebelum ini telah melaporkan bahawa mereka kekurangan peralatan perlindungan untuk berada di barisan hadapan.


Setakat ini, terdapat lebih daripada 4,400 kes COVID-19 disahkan di Romania dengan kematian seramai 80 orang.


Kira-kira 700 orang yang dijangkiti adalah daripada kalangan petugas kesihatan. -Agensi


The post 10 bayi baru lahir di Romania positif COVID-19 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.