Expired : 18.06.18

10 hari serah notis perhimpunan antara pindaan APA 2012


BANGI, 5 Rejab 1440H, Selasa – Kementerian Dalam Negeri mencadangkan pindaan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dengan memberikan tempoh 10 hari kepada penganjur untuk menyerahkan notis sebelum mengadakan sebarang perhimpunan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, cadangan itu akan dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung kali ini.

Fasal 9(1) APA 2012 menyebut, penganjur hendaklah memberi notis sebelum mengadakan perhimpunan kepada polis dalam tempoh 10 hari, katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian perarakan wanita bersempena Hari Wanita Sedunia di ibu kota pada Sabtu lalu, di mana pemberian notisnya dikatakan tidak memenuhi syarat itu.

Selain itu, APA 2012 adalah antara enam undang-undang di bawah kementerian itu yang akan diperhalusi untuk dipinda atau dimansuhkan pada persidangan Parlimen kali ini.

Lima lagi ialah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Pencegahan Keganasan 2015, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Perhimpunan Sabtu lalu memperlihatkan perjuangan kumpulan itu secara ekstrem melaungkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di jalanan telah mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak. – Bernama


The post 10 hari serah notis perhimpunan antara pindaan APA 2012 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop