Expired : 18.06.18

10 Imej dari lokasi sama membuktikan dalam masa 24 jam apa sahaja boleh berlaku dengan sekelip mata. Nombor 1 memang kerap terjadi seluruh dunia..

Dalam masa 24 jam pelbagai perkara boleh berlaku, termasuk kemusnahan keseluruhan bandar.


Foto yang dipaparkan dibawah membuktikan dengan Kuasa Tuhan, bangunan yang kukuh dengan binaan batu dan besi yang utuh serta kehidupan manusia boleh musnah, hancur dan lenyap dalam sekelip mata akibat kejadian alam dan kelalaian manusia.


Di bawah adalah paparan foto sebelum dan selepas kejadian alam dan perbuatan manusia yang telah mengubah kehidupan manusia dan sejarah dunia yang berlaku dalam masa sehari.


10. Letusan Gunung Berapi Saint Helens pada tahun 1980



Kredit :  vulkania   © offthegridnews


Gunung Saint Helens di Washington, Amerika Syarikat telah meletus pada musim bunga tahun 1980.


Letusan dan runtuhan struktur yang membawa batu yang besar bersama lava dan gas panas dari gunung berapi tersebut telah mengubah keadaan persekitaran di situ dalam sekelip mata.


9. Tragedi kebocoran loji penjana nuklear Chernobyl, Kesatuan Soviet



Kredit :  chernobylguide   © back-in-ussr


Sebuah bandar industri Chernobyl dan Pripyat menjadi terkenal di seluruh dunia selepas insiden letupan loji nuklear. Pada tahun 1986, loji penjana nuklear Chernobyl telah meletup dan melepaskan radiasi berbahaya.


Letusan gunung berapi tersebut sangat kuat sehingga debunya telah dibawa ke udara sehingga beberapa belas kilometer tinggi.


Dalam sekelip mata, bandar Chernobyl dan Pripyat menjadi zon pengecualian. Kesemua penduduk di bandar tersebut telah diarahkan untuk meninggalkan rumah mereka dengan serta merta apabila tahap radioaktif yang tidak dapat dilihat telah terdedah sehingga menyebabkan kawasan tersebut menjadi kosong dan kelam.


8. Suhu berubah mendadak di kawasan Sahara



Kredit :  animalreader   © telesurtv


Percaya atau tidak, salji juga boleh turun di kawasan gurun yang panas di Afrika.


Dalam bulan Januari, salji tebal telah turun dan meliputi Gurun Sahara. Perubahan suhu yang melampau boleh mengubah kawasan terpanas di dunia mengalami musim sejuk.


7. Tsunami di Jepun



Kredit :  daypic


Satu gempa bumi di Lautan Pasifik berdekatan timur laut perairan Pulau Honshu di Jepun telah menyebabkan satu kejadian tsunami paling kuat dan dahsyat melanda bandar Sendai.


Tsunami dengan ketinggian sehingga 40 meter telah melanda bandar ini dengan sangat berkuasa dan pantas lalu menghancur dan memusnahkan segala yang berada di laluannya.


Pada 11 Mac 2011, kejadian alam dengan Kuasa Tuhan telah mengatasi segala kuasa kecil manusia dan mengubah keadaan dalam sekelip mata.


6. Runtuhnya Tembok Berlin



Kredit :  ingpeaceproject


Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, negara Jerman telah terbahagi kepada Jerman Barat yang anti Hitler dan Jerman Timur yang berfahaman fasis dengan tembok konkrit sepanjang 155 kilometer yang melindungi ibu negara Jerman Timur, Berlin.


Pada tahun 1989, Tembok Berlin telah dimusnahkan oleh rakyat Jerman yang cintakan keamanan dan kebebasan sehingga mengubah wajah Berlin dan fahamannya dalam masa satu hari.


5. Taufan Harvey



Kredit : pensionpulse   © ru.narodna-pravda.ua


Taufan Harvey telah melanda Texas, Amerika Syarikat berikutan hujan ribut yang sangat lebat pada bulan Ogos 2017.


Kejadian bencana alam paling buruk di Texas ini telah meninggalkan kesan kemusnahan yang besar apabila sebahagian wilayah di Texas ditenggelami air banjir. Pemandangan Houston berubah sekelip mata seperti dalam filem bencana dan ia bukan rekaan tetapi suatu realiti.


4. Kejatuhan saham dan era kemelesetan Amerika Syarikat pada tahun 1929 



Kredit :  etoretro.ru   © aif


Pada tahun 1929, satu hari dikenali sebagai hari ‘gelap’ telah melanda Amerika Syarikat apabila pada hari tersebut, pasaran saham telah jatuh merundum dengan mendadak sehingga menyebabkan krisis ekonomi global dan memulakan zaman kemelesetan Amerika Syarikat yang berlarutan selama 10 tahun.


3. Gempa bumi Haiti pada tahun 2010



Kredit :  pokazima   © novate


Gempa bumi yang melanda Haiti pada Januari 2010 telah mengorbankan 230,000 orang dan 300,000 orang cedera, manakala 500,000 orang telah hilang tempat tinggal.


Gempa bumi dengan magnitud 7 skala richter ini hanya melanda Haiti selama beberapa minit tetapi bencana alam ini sangat berkuasa sehingga meninggalkan kesan paling besar dan antara yang terburuk di dunia.


2. Gempa bumi di Lautan Hindi dan Tsunami 2004



Kredit :  dailymail


Gempa bumi yang berlaku di Lautan Hindi pada tahun 2004 telah menyebabkan kejadian tsunami keenam terburuk dan terbesar dalam sejarah dunia yang melanda Indonesia, Sri Lanka, India Selatan dan Thailand.


Kejadian tsunami ini begitu berkuasa sehingga ia sampai ke Afrika Selatan. Dalam jangka masa sehari pada hari yang baik dan cerah, tsunami telah melanda kawasan ini dan meragut 280,000 nyawa dan memusnahkan harta benda sehingga mengambil masa selama beberapa tahun untuk dipulihkan.


Taufan Katrina



Kredit :  vev   © photochronograph


Salah satu bencana alam terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat ialah Taufan Katrina yang melanda New Orleans pada tahun 2005. Bandaraya ini telah ditenggelami air banjir dengan sepenuhnya akibat taufan dan hujan lebat.


Dalam sekelip mata, taufan Katrina telah meragut ribuan nyawa dan menyebabkan ramai yang terperangkap serta kehilangan tempat tinggal.


1. ATM Machine Lepas Gaji



30minit kemudian selepas bayar loan



Kurang ajar, dah tinggal rm2.26 pun nak tanya lagi untuk teruskan urusan. Nak teruskan hidup sampai gaji seterusnya pun susah tau.


Kejadian ini mengingatkan kita Kuasa Tuhan itu Maha Hebat. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita pada keesokan hari atau saat ini. Dalam sehari, pelbagai perkara boleh berlaku. Oleh itu, sentiasalah beringat dan beramal dengan kebaikan.


Sumber dari Era Baru


Norlida Ishak Shop