Expired : 18.06.18

10 maut bas mini tembung lori

BUCHAREST, 6 Safar 1441H, Sabtu – Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh manakala tujuh yang lain cedera apabila sebuah lori bertembung dengan bas mini di timur Romania, kata polis.


Sembilan daripada 16 penumpang bas mini, termasuk pemandu lori dilaporkan maut di tempat kejadian.


Daripada tujuh yang cedera, empat daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal, kata Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri, Raed Arafat.


Kejadian itu disifatkan sebagai salah satu kemalangan paling serius di negara berkenaan ekoran keadaan jalan raya yang teruk turut menjadi kebimbangan kepada pengguna.


Kira-kira 40 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian, memaksa penutupan jalan yang menghubungkan antara bandar Slobozia dan Urziceni, kata Jabatan Perkhidmatan Kecemasan.


Romania memegang rekod kematian tertinggi akibat kemalangan jalan raya, dengan 96 kematian untuk setiap satu juta penduduk pada 2018 berbanding secara purata 49 di seluruh 28 negara Kesatuan Eropah (EU). – Agensi


The post 10 maut bas mini tembung lori appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop