Expired : 18.06.18

11 mangsa nahas bas kritikal







BANGI, 2 Syaaban 1440H, Isnin – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 11 mangsa nahas bas berhampiran kawasan MASKargo di Sepang malam tadi, berada dalam kritikal, manakala 14 lagi separa kritikal.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, lapan mangsa lagi cedera ringan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa seramai 44 orang, termasuk 11 kematian.

Katanya, mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Putrajaya, Hospital Banting dan Hospital Kajang, selepas Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan Hospital Putrajaya (PKPK) menerima panggilan pada jam 11.16 malam tadi.

“Klinik Kesihatan Salak merupakan pasukan pertama yang diaktifkan untuk memberi bantuan ke tempat kejadian.

“Buat masa ini, status kewarganegaraan bagi mangsa yang terbabit dalam nahas itu masih dalam peringkat pengesahan pihak berwajib,” katanya.

 


Dalam kejadian malam tadi, bas membawa pekerja kilang dari Nilai ke Sepang dikatakan gagal dikawal, sebelum terbabas dan jatuh ke dalam longkang dan merempuh tembok.

Sembilan daripada penumpang, termasuk pemandu bas, terbunuh ditempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.

Bomba berkata, bas itu jatuh kira-kira empat meter ke dalam longkang yang mempunyai kedalaman keseluruhan 20 meter.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Comisioner Zulkifli Adamshah berkata, warga asing yang maut terdiri daripada tiga warga Indonesia, dua Bangladesh dan lima Nepal.

Katanya, siasatan awal mendapati bas terbabit membawa 43 penumpang warga asing yang juga pekerja kontrak MASKargo untuk ke tempat kerja dari asrama mereka di Nilai, Negeri Sembilan, dan sepatutnya memulakan shif jam 12 tengah malam.

Polis juga menyiasat mengapa bas itu tidak menghala ke arah bangunan MASKargo, sebalik menuju ke arah bangunan kejuruteraan atau hangar lapangan terbang.






The post 11 mangsa nahas bas kritikal appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop