Expired : 18.06.18

11 mayat nahas bas pekerja masih belum dituntut


KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1440H, Selasa – 11 mayat warga asing yang terlibat dalam nahas bas pekerja berhampiran MASKargo, Sepang, di sini, semalam, masih belum dituntut oleh waris mereka, kata Ketua Polis Daerah KLIA ACP Zulkifli Adamshah.


Beliau berkata daripada jumlah itu, sembilan mayat telah selesai menjalani proses bedah siasat manakala dua lagi belum dibuat pengecaman di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.


“Seramai 17 orang dilapor kritikal atau cedera masih dirawat di hospital iaitu tujuh orang di Hospital Serdang, enam di Putrajaya, dua di Banting dan masing-masing seorang di Kajang serta Klang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Zulkifli berkata, mayat pemandu bas pekerja yang maut iaitu S. Suresh, 43, telah dituntut oleh warisnya semalam.


Semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) diarah membuat siasatan terhadap syarikat pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan itu.


Dalam nahas itu, sebuah bas pekerja yang membawa 43 pekerja kontrak MASKargo terjunam ke dalam longkang besar berhampiran kompleks MASKargo, Sepang, menyebabkan 12 orang termasuk pemandu bas maut. – Bernama


The post 11 mayat nahas bas pekerja masih belum dituntut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop