Expired : 18.06.18

11 rumah rosak akibat ribut di Seremban


SEREMBAN, 7 Jamadilawal 1440H, Ahad – Sebelas kediaman di tiga taman perumahan di sini rosak selepas dilanda ribut pada 2.30 petang semalam.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Seremban dalam kenyataan di sini berkata, Rumah Rakyat Sikamat merupakan kawasan yang terjejas dengan tujuh daripada keseluruhan 11 kediaman yang rosak akibat ribut.


“Tujuh rumah itu membabitkan tujuh keluarga dengan 12 lelaki dewasa, wanita dewasa (11), kanak-kanak lelaki (tujuh) dan kanak-kanak perempuan (empat).


“Dua lagi taman perumahan ialah Taman Desa Permai dan Taman Desa Rhu yang masing-masing dua rumah yang rosak. Bagaimanapun kesemua 43 mangsa selamat dan enggan berpindah,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Left Kol (PA) Fazlisyah Muslim berkata, angin kuat disusuli ribut melanda Rumah Rakyat Sikamat, Taman Desa Permai dan Taman Desa Rhu antara 3 hingga 4 petang semalam.


“Kesemua mangsa enggan berpindah menyebabkan tiada pusat pemindahan dibuka. Berikutan kejadian itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun ke lokasi dan mengagihkan khemah kepada mangsa terjejas petang semalam,” katanya.- Bernama


The post 11 rumah rosak akibat ribut di Seremban appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop