Expired : 18.06.18

118 peserta kongres keracunan

SHAH ALAM, 7 Safar 1441H, Ahad – Seramai 118 peserta Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Stadium Malawati di sini hari ini, disyaki keracunan makanan selepas mengambil makanan disediakan penganjur.


Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira 11.15 pagi.


“Kita telah menerima laporan ada mangsa yang mengalami simptom cirit-birit dan muntah-muntah, susulan itu kita menghantar pasukan kecemasan ke lokasi kejadian.


“Pemeriksaan mendapati seramai 27 pesakit diklasifikasikan tag kuning (separa kritikal) dan 91 tag hijau (stabil) dan tiada pesakit tag merah (kritikal),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata sehubungan itu, Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Shah Alam diletakkan dalam status berjaga-jaga sejak 11.50 pagi bagi menerima mangsa kritikal dan separa kritikal.


Terdahulu, ribuan menghadiri kongres itu bagi mendengar ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh mengenai isu politik, ekonomi dan sosial, kaum Melayu. – Bernama


The post 118 peserta kongres keracunan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop