Expired : 18.06.18

13 rakyat Palestin cedera angkara rejim Zionis


GAZA, 23 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Walaupun berhimpun secara aman, rejim pengganas Israel tetap mengambil kesempatan menyerang ribuan rakyat Palestin yang mengadakan protes mingguan berhampiran pagar sempadan Israel-Gaza, semalam.


Terkini, 13 rakyat Palestin dilaporkan cedera oleh Kementerian Kesihatan Gaza akibat serangan rejim Israel di wilayah itu.


Insiden itu turut menyebabkan puluhan rakyat Palestin yang lain sesak nafas berikutan penggunaan gas pemedih mata oleh Israel, kononnya bertujuan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman.



Sejak 30 Mac lalu, ribuan rakyat Palestin mengambil bahagian dalam protes yang diadakan setiap minggu, bagi menuntut pengepungan di Semenanjung Gaza berakhir dan kembali ke kampung halaman yang dirampas rejim Zionis.


Sehingga kini, lebih 200 rakyat Palestin terbunuh sewaktu mengambil bahagian dalam protes besar-besaran dan mingguan di wilayah itu, manakala 21,500 yang lain cedera.


Organisasi kebajikan perubatan antarabangsa (MSF) berkata, lebih 1,000 penduduk Gaza yang ditembak Israel berisiko jangkitan, yang boleh membawa kepada kecacatan serta kematian.- Agensi



 


The post 13 rakyat Palestin cedera angkara rejim Zionis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop