Expired : 18.06.18

1998-2018: Akhirnya Lengkap satu putaran Hubungan Mahathir-Anwar. Tun Mahahtir akhirnya luah sesuatu yang dipendam selama ini..

WAWANCARA | Dari kawan menjadi lawan, dan kembali menjadi kawan. Tahun ini genap 20 tahun putaran ‘hubungan benci-sayang’ Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Putrajaya, Jumaat lalu, Mahathir diajak mengenang kembali perkara itu – bermula dengan langkah drastiknya memecat Anwar pada 1998.


“Ya, kita semua buat salah sikit kadang-kadang. Tetapi kita tidak boleh dihukum seumur hidup. Ini tidak adil.


“Hukuman harus ada satu hadnya. Lepas itu kamu tidak boleh terus hukum dia lagi.


“Kamu tak boleh kata, ‘budak, kamu buat salah, kamu curi pen, kamu tak boleh jadi perdana menteri’. Ini tidak betul. Orang yang telah menyesal barangkali…,” katanya.


Katanya, oleh kerana pembangkang kini sedia menerima beliau, beliau patut membalasnya dengan niat baik yang sama.


“Mereka sanggup terima saya. Terima saya, musuh ketat sebagai pemimpin mereka.


“Sekarang saya tak boleh terima merEka sebagai pemimpin? Ini tidak masuk akal. Mereka boleh maafkan saya, saya tak boleh maafkan mereka? Ini tidak betul,” katanya.


Hilang 300,000 undi kerana mata lebam


Mahathir juga ditanya tentang penahanan Anwar bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada anggota polis elit pada 1998 di rumahnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Jelasnya, beliau tidak bertanggungjawab terhadap cara penahanan itu dibuat.


Sebaliknya, kata Mahathir, beliau telah meminta pihak polis tidak menggunakan taktik itu.


“Tetapi polis, mereka ada SOP (standard operasi piawai). Ini cara mereka tangani keadaan. Kamu tahu, bila mereka nak tangkap Anwar, saya beritahu mereka, ‘Tolong jangan guna…’


“Apa yang mereka buat, SOP mereka pakai topeng, dengan pistol, pecahkan pintu. Ini SOP mereka. Saya tak tahu mereka nak buat macam itu. Saya beritahu mereka, ‘Tolong jangan buat macam ini’, tapi.


“Saya terpaksa terima akibatnya,” katanya.


Berkaitan insiden mata lebam Anwar, yang kemudian menjadi ikon pergerakan Reformasi, Mahathir mengakui menerima padahnya.


“Kamu ingat saya minta mereka lebamkan mata Anwar? Kamu tidak tahu apa kesannya daripada aspek politik saya hilang 300,000 undi kerana mata lebam itu. Saya tidak lebamkan mata Anwar.


“Kamu tahu? Saya tanya mereka, ‘Kenapa kamu tak dakwa Anwar di mahkamah?’


“Pada mulanya mereka dia. Kemudian mereka mengaku. Mereka lebamkan matanya dan tak mahu beliau tampil di khalayak ramai,” katanya.


Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) kemudian mendapati Anwar diserang semasa dalam tahanan oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor.


Kenangan semasa Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agong Umno tahun 1997.


Anwar bebas awal, Agong berkenan ampun serta merta


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan memberi pengampunan serta merta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perkara itu disampaikan kepada Dr Mahathir ketika pertemuan dengan baginda pada istiadat angkat sumpah selaku perdana menteri yang berlangsung di Istana Negara pada Khamis.


“Agong menyampaikan titah berkenaan untuk memberi pengampunan serta merta kepada Anwar. Jadi kami akan melaksanakan proses sewajarnya untuk mendapatkan pengampunan buat Anwar.


“Ia akan menjadi pengampunan penuh yang bermakna Anwar akan dibebaskan serta merta,” katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary selepas mesyuarat Majlis Presiden sebentar tadi.


Jelas Dr Mahathir, sebaik sahaja dibebaskan Anwar akan kembali sepenuhnya dalam politik.


Ditanya sama ada Anwar akan menyertai barisan Kabinet sejurus dibebaskan, Dr Mahathir berkata proses itu mengambil masa yang agak lama.


“Sebelum menyertai Kabinet beliau perlu jadi Ahli Parlimen dahulu, jadi proses memakan masa yang lama.


“Sama ada beliau akan menyertai Kabinet dengan serta merta atau tidak, akan diputuskan apabila tiba masanya nanti,” kata Dr Mahathir.


Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh, Selangor selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Anwar menafikan kesalahan itu dan mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.


Beliau sepatutnya bebas 8 Jun ini.


sumber: malaysiakini, mstar via media2040


Norlida Ishak Shop