Expired : 18.06.18

2 maut terperosok di bawah lori

pic

KUANTAN, 3 Zulkaedah 1440H, Sabtu – Dua lelaki maut dipercayai akibat tersepit selepas kereta dinaiki mereka terperosok ke bawah lori tangki di Kilometer 127 Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah, Rompin dekat sini, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian pada 6.30 pagi tadi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Naza Kia dan sebuah lori tangki minyak sawit.

“Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah terpaksa meminta bantuan dua jentera penggali dan dua kren untuk mengangkat kereta di bawah lori tangki,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat dua mangsa itu yang masih belum disahkan identitinya diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Muadazam Shah. – Bernama


The post 2 maut terperosok di bawah lori appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop