Expired : 18.06.18

2 orang asli ditahan di hospital

orang asli

KUALA TERENGGANU, 4 Zulkaedah 1440H, Ahad – Dua lagi orang asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang pada Jumaat, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Jusoh.


Beliau berkata, dua pesakit yang berasal dari Kampung Sungai Berua itu ialah seorang lelaki berusia 23 tahun dan anaknya, bayi lelaki berusia empat bulan.


“Kedua-dua mereka mempunyai sejarah sentuhan dengan seorang lagi pesakit orang asli yang disahkan positif campak sebelum ini.


“Dua beranak ini datang sendiri ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami demam, batuk dan selesema. Keadaan mereka dilapor stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit orang asli yang sedang mendapatkan rawatan di hospital itu seramai tujuh orang iaitu lima perempuan dan dua lelaki.


Terengganu mempunyai empat perkampungan orang asli di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu manakala yang lain di Besut dan Kemaman. -Bernama


The post 2 orang asli ditahan di hospital appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop