Expired : 18.06.18

20 GRO ditahan dalam Op Noda

KUALA LUMPUR, 6 Safar 1441H, Sabtu – Dua puluh wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dengan 15 daripadanya warga asing dan lima lagi rakyat tempatan, ditahan dalam serbuan polis di sebuah premis hiburan di Sungai Way, Petaling Jaya, awal hari ini.


Ketua Penolong Pengarah Pencegahan, Judi/Maksiat/ Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata, serbuan dilakukan oleh 34 anggota dan pegawai bermula 12.45 tengah malam.


“Kesemua wanita warga asing berumur antara 21 dan 44 tahun itu terdiri daripada warga Thailand dan Laos, manakala wanita warga tempatan berumur antara 20 hingga 34 tahun.


“Polis turut menahan 13 lelaki tempatan berumur antara 22 dan 51 tahun, dipercayai penjaga dan pengawal premis hiburan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, pusat hiburan itu menggajikan wanita asing sebagai pelayan tanpa permit sah bagi menarik pelanggan.


“Selepas pemeriksaan, antara kesalahan yang dilakukan ialah menjual minuman keras melebihi had masa ditetapkan serta melanggar Seksyen 39b Peraturan Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen,” katanya. -Bernama


The post 20 GRO ditahan dalam Op Noda appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop