Expired : 18.06.18

23 warga Vietnam, Thailand mangsa sindiket pelacuran


JOHOR BAHRU, 7 Syawal 1440H, Selasa – Satu sindiket pelacuran tumpas, dengan penahanan lima individu termasuk seorang lelaki warga Zambia, dalam serbuan Ops Pintas di sebuah premis perniagaan di Taman Nusa Bestari dekat Skudai, di sini, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, turut ditahan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan, berusia antara 23 hingga 47 tahun itu.


Kesemua mereka ditahan pada 11.35 malam oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, bersama Ibu Pejabat Kontinjen Johor dan Iskandar Puteri.


Dalam serbuan berkenaan, pihak polis turut menyelamatkan 23 wanita warga Vietnam dan Thailand berumur 15 hingga 39 tahun, yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pelacuran itu.


“Berdasarkan keterangan suspek, sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama tiga tahun,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Dzulkhairi berkata, kesemua warga Thailand yang diselamatkan, ada yang baru datang tiga hari hingga seminggu, manakala warga Vietnam pula, kebanyakan mereka sudah berada di sini antara sebulan lepas sehingga setahun.


Turut dirampas pelbagai barangan antaranya adalah 443 keping kondom, kertas catatan rekod kerja mangsa, wang tunai RM27,460 dan satu buah kenderaan jenis Mercedes Benz warna putih.


“Kita juga merampas wang tunai 420 dolar Singapura, satu buku cek, satu unit kunci kereta Mercedes Benz, satu iPad warna silver, dua batang pen warna hitam dan merah, tiga remote pintu, satu kalkulator jenama Canon, dua helai tuala mandi, tiga tiub Carex Lubricating Jelly, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, dua gulung tisu dan buku nota kecil,” katanya.


Menurutnya, kesemua suspek ditahan reman selama lima hari, bermula hari ini.


Kes disiasat mengikut Sesyen 12 dan 14 Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2007 dan Sesyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.- Bernama


The post 23 warga Vietnam, Thailand mangsa sindiket pelacuran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop