Expired : 18.06.18

240 Ahli PAS Baharu Dalam Masa 1 Minggu Di Padang Terap

Sempena kehadiran Tuan Guru Dato Hashim Jasin Mursyidul Am PAS ke Naka , Daerah Padang Terap untuk menyampaikan kuliah di Surau Nurul Huda Kampung Bendang Tok Teri, sebanyak 240 borang kemasukan ahli baharu PAS diserahkan kepada Mursyidul Am.


Dewan Pemuda PAS Padang Terap mengambil peluang melalui kedatangan Tuan Guru ke Naka dan dengan gelombang penyatuan umat Islam yang menjadi topik hangat bualan masyarakat,menggerakkan usaha singkat penambahan ahli baharu PAS.


Tidak disangka, dalam masa yang singkat selama seminggu, kempen daftar ahli PAS yang digerakkan mendapat sambutan hangat terutama dari kalangan anak-anak muda.


Terlebih dahulu,kedatangan Tuan Guru disambut oleh ARC Padang Terap yang berkonvoi mengiringi beliau dari Pokok Sena ke Naka.Walaupun dalam keadaan hujan yang sangat lebat sedikit pun tidak melunturkan semangat juang untuk bersama berkonvoi mengiringi Tuan Guru.


Usai kuliah di Surau Nurul Huda Kampung Bendang Tok Teri Naka, ramai masyarakat mengambil kesempatan mentahnikkan anak mereka yang baru lahir kepada Tuan Guru.Seterusnya Tuan Guru menyampaikan taujihad perjuangan kepada jentera parti Dun Pedu yang diadakan di PASTI Nurul Hidayah Naka.


Dalam amanat Tuan Guru memesan supaya para pejuang Islam menjadi seperti Singa yang berani dan rajin bekerja, jangan jadi seperti Musang tua yang hanya menunggu rezeki tiba.



The post 240 Ahli PAS Baharu Dalam Masa 1 Minggu Di Padang Terap appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop