Expired : 18.06.18

275 sekolah tutup di Sarawak


BANGI, 10 Muharram 1441H, Selasa – Sebanyak 275 sekolah di lima daerah di Sarawak terpaksa ditutup, hari ini berikutan Indek Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap sangat tidak sihat, petang semalam.


219 daripada jumlah itu adalah sekolah rendah manakala 56 lagi sekolah menengah.


Berdasarkan sumber Jabatan Pendidikan Negeri, Padawan mencatat jumlah tertinggi dengan 96 sekolah ditutup, diikuti Kuching (79), Betong (44), Sri Aman (41), Serian (13) dan Samaharan (2), kata Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin.


“Di Kuching 26 sekolah menengah dan 53 sekolah rendah ditutup, Samarahan hanya dua sekolah menengah, Padawan 18 sekolah menengah dan 78 sekolah rendah.


“Di Serian hanya membabitkan 13 sekolah rendah, Sri Aman lima sekolah menengah dan 36 sekolah rendah manakala Betong lima sekolah menengah serta 39 sekolah rendah,” katanya.


Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bacaan IPU di Kuching terus menurun pada jam 10 pagi ini dengan bacaan terkini 149.


Manakala, Samarahan turun kepada 122 dan kualiti udara di Sri Aman juga kini berada di tahap tidak sihat dengan bacaan 192.


 


The post 275 sekolah tutup di Sarawak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop