Expired : 18.06.18

28,000 pelarian Syria jadi tebusan militan AS

Syrian Refugees Vaccine

AMMAN, 2 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 28,000 pelarian Syria menjadi tebusan kepada militan bersenjata Amerika Syarikat (AS), di kem pelarian Rukban, berdekatan sempadan Jordan.


Ibu pejabat penyelarasan Rusia dan Syria dalam satu kenyataan bersama berkata, kumpulan bersenjata berkenaan menuntut sehingga AS$1,500 setiap keluarga untuk meninggalkan kem itu.


“Pelarian Syria berada dalam ketakutan kerana diugut pengganas AS kerana mereka tidak mempunyai wang seperti yang dituntut untuk meninggalkn kem terbabit.” kata kenyataan itu.


Kenyataan yang dikeluarkan Rabu lalu itu turut menggesa militan AS menghentikan keganasan terhadap pelarian Syria serta keluar dari kem berkenaan dengan segera.


“Penting untuk menggiatkan lagi pemindahan pelarian Syria, kerana mereka akan diserbu dan diserang setiap hari.Ini menambahkan penderitaan mereka,” kata kenyataan itu.


Selain itu, lebih 1.8 juta rakyat Syria telah pulang ke kediaman mereka, manakala lebih dari 1.3 juta masih pelarian dan lebih dari 500,000 lagi berada di negara lain.


Katanya, setiap hari dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 pelarian Syria dari negara jiran seperti Jordan dan Lubnan kembali ke tanah air.


Kenyataan itu berkata, campur tangan AS di Syria menghalang proses pemulangan pelarian Syria.


Pertempuran antara IS dan SDF telah menimbulkan kekacauan di negara Arab sejak 2011, memaksa penduduk Syria melarikan diri. – Agensi


The post 28,000 pelarian Syria jadi tebusan militan AS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop