Expired : 18.06.18

29 banduan maut dalam pertempuran di penjara


CARACAS, 20 Ramadan 1440H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 29 banduan terbunuh manakala 19 polis cedera dalam pertempuran dalam penjara balai polis di barat Venezuela, kata pihak berkuasa.


Kejadian di penjara balai polis bandar Acarigua berlaku ketika polis pasukan khas (FAES) cuba menghentikan cubaan melarikan diri secara besar-besaran, Jumaat lalu.


Penasihat keselamatan awam, Oscar Valero berkata, banduan menyerang pegawai dengan melepaskan berdas-das tembakan serta meletupkan tiga bom tangan, yang mencederakan 19 polis, kata Valero kepada wartawan.


Wakil pertubuhan bukan kerajaan, Carlos Nieto berkata, pertempuran berlaku ketika FAES cuba menyelamatkan pelawat yang telah menjadi tebusan pada hari Khamis oleh ketua tahanan – di penjara.


“Pagi ini (pihak berkuasa) menghantar FAES kemudian berlaku pertempuran. Para banduan itu mempunyai senjata, mereka menembak polis dan mereka juga meletupkan bom tangan,” kata Nieto kepada agensi berita AFP.


Pemimpin banduan, Wilfredo Ramos, adalah antara yang terbunuh, menurut laporan polis dalaman.


Kementerian penjara tidak mengulas mengenai kejadian itu kerana katanya, penjara balai polis tidak berada di bawah kawalannya. – Agensi


The post 29 banduan maut dalam pertempuran di penjara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop