Expired : 18.06.18

3 Beradik Mangsa Lemas Di Terengganu Ditemui

3 Beradik Mangsa Lemas Di Terengganu Ditemui. Alhamdulillah kesemua mangsa 3 adik beradik yang lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong telah ditemui oleh pihak penyelamat.





3 Beradik Mangsa Lemas Di Terengganu Ditemui
3 Beradik Mangsa Lemas Di Terengganu Ditemui




Kemaskini pencarian mangsa lemas di muara Sungai Telemong. Mangsa ketiga dan terakhir telah ditemui.





Mayat ketiga mangsa lemas tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, ditemui selang sejam selepas penemuan mayat pertama pada jam 12.40 tengahari ini.





Mayat Khalif Naim, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai berhampiran lokasi mangsa dikatakan terjatuh.





Terdahulu, anggota Bomba dan Menyelamat menemui mayat Umar Iskandar, 21, jam 9.50 pagi dan mayat Khairil Firdaus, 17, pada jam 11.36 pagi.





Mayat Umar ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian manakala mayat Firdaus ditemui kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.





Dalam kejadian semalam, tiga beradik lelaki iaitu Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17, dan Umar Iskandar, 21, mandi di kawasan sungai kira-kira 200 meter dari rumah jam 6.30 petang sebelum meminta pertolongan cemas dan disedari oleh seorang pemancing yang berada berdekatan. FBTV