Expired : 18.06.18

3 Hari Anak Cuba Hubungi Ibu Tidak Berjawab Tetapi Disaat Anak Ini Pulang Ke Rumah Alangkah Terkejutnya Melihat Ibu Dia Sebenarnya Tersepit

TANDA tanya mengenai seorang warga emas yang gagal dihubungi anaknya sejak tiga hari lalu, terjawab apabila wanita itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya dengan tangan kirinya tersepit di lubang saluran air di bilik mandi rumahnya di Bukit Siput, Segamat, hari ini.


Siti Jauriah A Ghani, 70, ditemui anaknya yang ke rumah itu pada 9 pagi, selepas gagal menghubungi mangsa.


Anak mangsa kemudian menghubungi pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas usaha mengeluarkan tangan mangsa gagal.


Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat diketuai Pegawai Operasi, Wahim Abd Rahman dan tujuh anggota di hantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.23 pagi.


Wahim berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati tangan kiri wanita warga emas itu tersepit di dalam lubang air di bilik mandi selepas terjatuh ketika mandi.


Katanya, pihaknya dimaklumkan oleh anak mangsa bahawa wanita itu tinggal berseorangan di rumah dan tersepit dalam bilik air selama tiga hari.


“Mangsa ditemui anaknya yang pergi ke lokasi kejadian selepas gagal menghubungi mangsa.


“Bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan memecahkan simen di sekitar bahagian lubang air terbabit,” katanya.


Wahim berkata, operasi menyelamat tamat pada 10.21 pagi dan mangsa yang mengalami sedikit kecederaan serta lemah diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Segamat untuk tindakan seterusnya.


Sumber Artikel : HMETRO ONLINE


Norlida Ishak Shop