Expired : 18.06.18

3 Sebab Kenapa Kamu Perlu Berlari Pada Awal Pagi

Kita sedia maklum, berlari merupakan salah satu cara paling berkesan untuk bersenam. Ia bukan sahaja membantu membakar lemak bahkan menguatkan jantung dan memastikan anda berada dalam keadaan sihat. Anda bukan sahaja akan mendapat faedah daripada berlari tidak kira tempat ataupun masa, bahkan berlari pada waktu pagi akan menambahkan faedah kepada mental.


Bila masa pula nak berlari awal pagi sedangkan waktu pejabat bermula 9 pagi, ada juga yang 8 pagi? Hurmmm…


Jangan keliru, anda boleh lakukan aktiviti berlari pada awal pagi di hujung minggu. Kenapa berlari awal lagi lebih baik berbanding petang hari, Wanista jelaskan…


Berlari pada waktu pagi menurunkan tekanan darah


Tahukah anda berlari pada waktu pagi boleh memberikan faedah kepada tekanan darah.


Satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Scott Collier menunjukkan pengurangan tekanan darah secara mendadak dalam kalangan golongan orang tua yang bersenam di waktu pagi berbanding mereka yang bersenam pada waktu petang. Kesan ini dipercayai mempunyai jangka masa panjang, selagi mana individu tersebut mematuhi rutin senamannya.


Berlari waktu pagi menyegarkan


Bukankah berlari di pagi hari lebih menyenangkan. Berlari sahaja tanpa sebarang gangguan adalah langkah terbaik untuk memulakan hari, terutama sekali jika mempunyai tekanan daripada kehidupan seharian dan tempat kerja.


Berlari membantu menenangkan minda, meningkatkan positiviti, dan menghilangkan stres sepanjang hari. Ini adalah sebab berlari pada waktu pagi membantu anda mendapatkan minda yang tenang dan tenaga yang baru untuk sepanjang hari. Pelari waktu pagi dilaporkan mempunyai minda yang optimistik dan mempunyai matlamat.


Berlari di pagi hari lebih menyeronokkan


Satu lagi berlari pada waktu pagi bermaksud anda tidak akan diganggu oleh sebarang kerja.


Tiada sesiapa yang akan mengganggu anda pada awal pagi. Maka, anda akan mempunyai masa untuk menghabiskan rutin senaman dan tidak risau sekiranya ada urusan penting yang akan muncul. Larian pada waktu pagi juga adalah lebih menyeronokkan, terutama sekali jika dibandingkan larian selepas kerja kerana anda sudah keletihan daripada kerja seharian.


Jadi, kalau boleh hujung minggu biasakan diri bangun awal pagi dan keluar jogging ye..


Selamat Beramal!


Norlida Ishak Shop