Expired : 18.06.18

30 pelarian Rohingya dikesan ke perairan negara


KANGAR, 10 Syaaban 1440H, Selasa – Kira-kira 30 pendatang asing tanpa izin (PATI), pelarian Rohingya dikesan di perairan antarabangsa, dipercayai menuju ke negara ini.


Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohamad berkata, pergerakan kumpulan terbabit dikesan oleh pihak berkuasa Thailand.


Polis Perlis akan bekerjasama dengan agensi keselamatan Thailand berhubung kes pendaratan pelarian Rohingya di pantai Perlis, katanya kepada pemberita selepas Program Derma Darah Polis Kontinjen Perlis, di sini hari ini.


Awal bulan ini, pihak berkuasa menahan 37 pelarian Rohingya yang mendarat di pantai Perlis.


Sementara itu, Noor Mushar berkata , polis percaya motif kes bakar kereta Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bersifat peribadi di antara suspek dan mangsa.


Bulan lalu, kereta rasmi Dr Mohd Asri dipercayai dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan dipecahkan dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan, Kangar.


Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini, katanya. – Bernama


The post 30 pelarian Rohingya dikesan ke perairan negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop