Expired : 18.06.18

30 pelombong maut


KABUL, 29 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Sekurang-kurangnya 30 pekerja terbunuh apabila sebuah lombong emas runtuh di timur laut Afghanistan, hari ini.


Tujuh lagi pekerja dilaporkan cedera dalam kejadian di daerah Kohistan di wilayah Badakhshan, kata Gabenor Mohammad Rustam Raghi kepada agensi berita AFP.


Sebelum ini, penduduk dilaporkan menggali lombong sedalam 200 kaki untuk mencari emas. Mereka berada di dalam ketika dinding lombong itu runtuh.


Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak pasti bagaimana dinding lombong itu boleh runtuh, tetapi jurucakap pejabat gabenor wilayah itu, Nek Mohammad Nazari berkata, semua pelombong bukannya profesional.


“Penduduk kawasan itu terbabit dengan perniagaan ini sejak berdekad lalu dengan tiada kawalan daripada kerajaan.


“Kami telah menghantar pekerja penyelamat di kawasan itu, tetapi penduduk sudah mula mengeluarkan mayar daripada lombong berkenaan,” katanya.


Badakhshan adalah wilayah bergunung-ganang di timur laut Afghanistan bersempadan dengan Tajikistan, China dan Pakistan. – Agensi


The post 30 pelombong maut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop