Expired : 18.06.18

34 maut, 80 masih hilang tanah runtuh di Myanmar


MAWLAWYINE, 9 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 34 orang maut dan puluhan yang lain dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat di sebuah kampung di timur Myanmar.


Banjir lumpur yang berlaku di kampung Thae Pyar Kone di negeri Mon semalam, memusnahkan 16 kediaman dan sebuah rumah ibadat.


Pihak berkuasa tempatan, Myo Min Tun berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bekerja sepanjang malam dalam usaha mencari mangsa dan mayat yang tertimbus.


“Setakat ini, 47 penduduk dilaporkan cedera manakala lebih 80 lagi dipercayai masih hilang,” katanya.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, banjir dasyat melanda Myanmar sejak beberapa hari lalu, mengakibatkan 12,000 rakyat berpindah ke tempat yang lebih selamat.


Sementara itu, penduduk kampung, Nyo Nyo Win, 35, berkata, beliau hanya tinggal sehelai sepinggang kerana rumah dan semua harta benda miliknya musnah.


“Sembilan ahli keluarga saya telah terkorban termasuk lapan anak dan bapa saya,” katanya.


Dia yang menjadi saksi kejadian berkata, insiden lampu jalan tumbang mengakibatkan kebanyakan penduduk panik dan menyelamatkan diri ke rumah masing-masing kerana takut terkena renjatan elektrik.


Namun katanya, hanya tidak lama kemudian kejadian tanah runtuh berlaku, sekali gus menyebabkan mereka yang berada dalam rumah terkorban.


Akibat insiden berkenaan, pihak berkuasa terpaksa menutup jalan raya utama dari Yangon ke Mawlamyine.- Agensi


The post 34 maut, 80 masih hilang tanah runtuh di Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop