Expired : 18.06.18

40 nyawa terkorban, umat Islam turun simbol masjid di NZ

Penduduk tempatan menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap umat Islam di Hamilton, New Zealand. — Foto oleh Shazly Khan
Penduduk tempatan menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap umat Islam di Hamilton, New Zealand. — Foto oleh Shazly Khan

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Umat Islam di New Zealand menurunkan simbol masjid selepas insiden tembakan mengorbankan 40 nyawa hari ini.

“Polis menasihati kami agar tidak ke masjid seluruh negara. Kami tutup atau menurunkan simbol masjid di sini.


“Muslimat biasanya mengadakan halaqah setiap Jumaat 6.30 petang dan sekarang sudah dibatalkan,” kata seorang lelaki Muslim yang enggan dinamakan.


Beliau berkata reaksi umat Islam terhadap insiden itu bercampur-campur dengan penduduk berasal dari Asia Tenggara lebih tenang.


Manakala umat Islam yang berasal dari Timur Tengah berasa kurang senang.


“New Zealand didiami umat Islam dari Timur Tengah dan pelarian. Mereka melihat insiden ini sebagai perang,” katanya.


Baca seterusnya di Malay Mail


Norlida Ishak Shop