Expired : 18.06.18

45 penduduk Palestin dipaksa jadi agen perisikan Israel


SEMENANJUNG GAZA, 3 Jamadilawal 1440H, Rabu – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menahan 45 penduduk Palestin yang disyaki direkrut sebagai agen perisikan pengganas Israel.


Penahanan dibuat selepas operasi sulit pasukan tentera rejim Zionis terbongkar, yang mendedahkan campur tangan agen perisikan dari kalangan warga Palestin pada November lalu.


Jurucakap Hamas, Iyad al-Bozum berkata, pasukannya berjaya menangkap puluhan agen, tanpa menyatakan kaitan agen-agen berkenaan dengan insiden serangan 11 November lalu di Semenanjung Gaza.


“Kita sedang menyiasat bagaimana 45 boleh terbabit sebagai agen pengganas Israel,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Difahamkan, Zionis menggunakan kekerasan untuk merekrut penduduk Palestin antaranya menggunakan kaedah peras ugut melalui telefon dan media sosial.


Walaupun Hamas sudah menahan ramai agen perisikan Israel sejak bertahun-tahun, tetapi rejim berkenaan merekrut pula agen Palestin untuk membantu mereka melakukan risikan.


11 November lalu, tujuh warga Palestin termasuk pejuang sayap Hamas, syahid susulan serangan mengejut pihak Zionis di Semenanjung Gaza, berhampiran kawasan Khan Younis.


Dalam operasi sulit berkenaan, pasukan elit Israel dilaporkan menyusup masuk menggunakan kenderaan awam, dan membunuh beberapa warga Palestin, termasuk Nour Baraka, komander utama sayap tentera Hamas. – Agensi


The post 45 penduduk Palestin dipaksa jadi agen perisikan Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop