Expired : 18.06.18

5 Gosip Paling Pedas Macam Cili Padi Dari Januari 2019 Sehingga Jun 2019

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun berada di bulan Ogos untuk tahun 2019 ini. Fuh!!! Pantas sungguh masa berlalu kan? Sepanjang tahun ini, macam-macam telah terjadi di dunia selebriti Malaysia. Ada selebriti yang kahwin, ada yang bercerai, ada yang kantoi curang, ada yang dapat anak dan macam-macam lagilah. Tentunya ada tertanya-tanya apakah 5 gosip paling pedas setakat ini di BeautifulNara.com dari Januari 2019 sehingga Jun 2019 kan?

gosip terhangat beautifulnara


First thing first, bila sebut “pedas”, tentu kita terus terfikir tentang cili padi. Ha, bercakap pasal cili padi, anda kena tahu tentang Digi CILI PADI yang membolehkan korang meMAKSIMUMkan aktiviti bergosip dan membawang di BeautifulNara dengan Internet Tanpa Had dengan bayaran tak sampai RM1/sehari pun untuk semua ini. Fuh, hebat kan?


digi cili padi


Ok jom kita tengok senarai 5 gosip paling pedas macam cili padi untuk tahun 2019 dibawakan khas untuk anda oleh Digi CILI PADI:-


1. PU Abu cerai isteri untuk kahwin dengan janda


PU ABU


Dengan statusnya sebagai seorang peserta program Pencetus Ummah, tindakan PU Abu yang menceraikan isterinya untuk berkahwin dengan kekasih lamanya memang mengejutkan netizen. Rata-rata mengutuk perbuatan tersebut dan mempersoalkan ilmu PU Abu di dalam bab rumahtangga kerana melakukan sesuatu yang terkutuk di dalam Islam. Turut menerima tempias beberapa orang rakan PU Abu yang mengambil pendekatan mendiamkan diri apabila diminta memberikan komentar tentang isu ini. Bila member buat hal, semua diam seribu bahasa. Bila selebriti lain buat kecoh, dia yang paling cepat keluar surat teguran.


2. Video pemenang Dewi Remaja Haneesya Hanee di kelab malam tersebar


pemenang dewi remaja


Baru sahaja dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja, sebuah video Haneesya Hanee sedang berseronok di kelab malam telah tersebar. Apa yang lebih mengejutkan, video tersebut dikatakan sengaja disebarkan oleh rakan Haneesya kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan tersebut. Akibatnya, gelaran juara Haneesya ditarik balik di dalam satu sidang media dia mana dia diminta menyerahkan “crown” yang telah diserahkan kepadanya. Fuh, from hero to zero terus!!!


Tak boleh hidup tanpa Facebook, Twitter dan Instagram? Digi CILI PADI berikan MAXIMUM SOCIAL untuk ketiga-tiga applikasi ini dengan hanya RM15 sahaja untuk tempoh 30 hari.


digi maximum social


3. Fizo Omar dan Mawar Karim bercerai


fizo omar bercerai dengan mawar karim


Desas-desus keretakan rumahtangga Fizo Omar dan Mawar Karim yang bermula selepas kedua-duanya dilihat menyambut hari raya Aidilfitri secara berasingan akhirnya berakhir dengan penceraian. Ada netizen yang menyatakan campurtangan ibu Fizo Omar sebagai punca penceraian ini, namun perkara tersebut telah pun dinafikan. Penceraian ini memang menyedihkan kerana pasangan ini dilihat pasangan sempurna, dengan kedua-duanya begitu tabah menanti bertahun-tahun lama mendapatkan cahaya mata.


4. Aliff Aziz curang lagi

aliff aziz kantoi curangKu sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Siapa sangka selepas kantoi dengan melakukan hubungan dengan Oktovia Manrose, Aliff Aziz sekali lagi membuat perangai dan curang terhadap Bella Astillah buat kali kedua pada tahun ini. Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh Bella sendiri yang terlalu kecewa dengan sikap suaminya itu. Akhirnya, mereka berdua telah pun bercerai dan Bella kelihatan lebih tenang dan gembira menjalani kehidupan solo. Sementara itu Aliff Aziz dilihat seolah-olah hilang pedoman dan gila talak selepas meluahkan ingin kembali kepada Bella menerusi laman sosialnya.


5. Filem Misteri Delaila arahan Syafiq Yusof tiru filem Vanishing Act


kontroversi misteri dilaila


Pada mulanya, mereka yang telah menonton filem arahan Syafiq Yusof yang berjudul Misteri Delaila telah melahirkan rasa kagum dengan kehebatan filem tersebut. Namun selepas kira-kira seminggu ditayangkan, ada pihak yang mendedahkan bahawa filem tersebut ditiru bulat-bulat dari filem Vanishing Act yang telah ditayangkan sekitar tahun 1986. Berdasarkan bukti video, boleh dikatakan ia sama 100%. Walaupun diasak untuk memberikan penjelasan, sehingga ke hari ini Syafiq Yusof masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang komen.


Data asyik habis sebab anak kaki YouTube? Dengan Digi CILI PADI, anda bukan sahaja dapat Unlimited YouTube, malah ada MAXIMUM MUSIC dan MAXIMUM GAMING untuk layan lagu dan main PUBG tanpa sebarang gangguan!!! 


digi maximum gaming dan maximum music


Jadi tunggu apa lagi? MAXIMUMkan kuasa membawang anda di BeautifulNara dengan Digi CILI PADI. Maklumat lanjut layari http://bit.ly/2yQViMM.


Norlida Ishak Shop