Expired : 18.06.18

5 Hotel Di Malaysia Yang Sangat Unik Dan Bersejarah

Setiap tahun kita meraikan Hari Kemerdekaan bagi mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan kita dan kebebasan Tanah Melayu sebelum ini dan kini menjadikan Malaysia yang gah di mata dunia.


Bercakap tentang kemerdekaan, terdapat beberapa hotel yang memiliki nilai sentimental dan sejarah yang pastinya akan membuat anda teringat akan sejarah yang pernah berlaku sebelum kemerdekaan.



Mungkin ada dalam kalangan anda yang tahu akan kewujudan hotel-hotel ini tetapi tidak tahu sejarah disebalik hotel-hotel ini. Berikut adalah 5 hotel yang unik dan bersejarah di Semenanjung Malaysia:


1. Federal Hotel


Federal Hotel

Sumber: Agoda



Federal Hotel dikenali sebagai hotel yang melaungkan ‘Merdeka!’ pada hari bersejarah tersebut. Hotel ini bukan sekadar sebuah hotel, malahan ia merupakan sebahagian daripada sejarah dan warisan negara Malaysia.


Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur di kawasan Bukit Bintang, Federal Hotel adalah hotel bertaraf antarabangsa yang pertama di Malaysia, dibuka 3 hari sebelum pengisytiharan kemerdekaan negara kita. Pembukaan hotel ini adalah tepat pada masanya bagi menyaksikan dan menandakan detik bersejarah Persekutuan Tanah Melayu dikembalikan kepada rakyatnya oleh pihak British.


10420_13061406190013078709

Sumber: Agoda



Tetamu terawal yang menginap di hotel ini adalah terdiri daripada orang-orang kenamaan asing yang hadir untuk menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut. Hotel ini telah menjadi sebahagian dalam sejarah negara yang penting dan seharusnya dikunjungi sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Bagi anda yang berminat untuk menginap di sini, harga penginapan adalah bermula dari RM174 semalam.


2. Majestic Hotel


THMKL Website 4-SPA

Sumber: Agoda



Kenali salah sebuah tapak warisan kolonial di Majestic Hotel, Kuala Lumpur merupakan bangunan kolonial yang dibina pada tahun 1932 dan merupakan salah sebuah tapak warisan kolonial. Hotel ini merupakan antara yang terhebat pada zaman tersebut dan telah diwartakan sebagai sebuah tapak wariasan kebangsaan.


Sebelum Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada pihak British, hotel ini merupakan sebuah ikon zaman kegemilangan Malaya sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Ia bukan sahaja digunakan untuk majlis keramaian yang penuh gilang-gemilang dan resepsi kerajaan, malah turut dijadikan tempat penginapan tetamu kenamaan antarabangsa.


a2973a342bbff01d62d0a7a833c9f1ce

Sumber: Agoda



Di hotel inilah, mesyuarat pertama yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan telah diadakan untuk menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya, sebuah parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu. Bagi anda yang ingin menginap di sini, harga penginapan untuk satu malam bermula dari RM500 sahaja.


3. Eastern & Oriental Hotel


Eastern & Oriental Hotel

Sumber: Agoda



Eastern & Oriental Hotel merupakan hotel yang telah beroperasi lebih dari 100 tahun dan telah menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah. Antaranya adalah dua Perang Dunia, zaman kegemilangan Empayar British dan kelahiran negara Malaysia yang berdaulat.


5384_15062612110030940992

Sumber: Agoda



Walaupun ia telah banyak melalui perubahan masa, Hotel Eastern & Oriental ini masih mengekalkan kecantikan bangunannya dan mengekalkan keaslian hotel tersebut. Hotel ini terletak di Pulau Pinang dan harga penginapan untuk satu malam adalah bermula dari RM504 sahaja.


4. Muntri Grove Hotel


Muntri Grove Hotel

Sumber: Agoda



Muntri Grove Hotel merupakan sebuah hotel di Pulau Pinang yang pada asalnya merupakan sebuah kuarters penginapan orang gaji kepada keluarga-keluarga berada pada abad ke-19. Pada ketika itu, ia hanyalah sebuah bangunan sederhana yang berbumbung rendah dan mempunyai ruang penginapan yang kecil dengan hanya memiliki dua bilik dalam setiap unit.


Melalui seni bina hotel ini, kita masih dapat lihat pengaruh British yang halus pada zaman ia dibina. Walaupun ia telah dibaik pulih pada tahun 2013, rangka seni bina asal bangunan ini telah dikekalkan untuk memelihara keasliannya.


781169_14120917340023860090

Sumber: Agoda



Hotel ini mempunyai kisah lampau yang unik di mana sebahagian bangunan ini telah dimusnahkan dalam Perang Dunia Kedua. Bahagian yang rosak tersebut telah dibina semula untuk di jadikan kolam renang dan kawasan menyambut tetamu. Harga penginapan bermula dari RM400 semalam sahaja.


5. Gingerflower Boutique Hotel


412677_14072223390020409030

Sumber: Agoda



Gingerflower Boutique Hotel ini terletak di Melaka dan hotel ini mengetengahkan seni bina abad ke-19. Menariknya, hotel ini pada asalnya merupakan sebuah rumah bandar Peranakan yang telah dibaik pulih dengan menarik dan hotel ini telah dilindungi sebagai Warisan Dunia UNESCO.


Gingerflower Boutique Hotel

Sumber: Agoda



Seni bina hotel ini merupakan satu peninggalan unik dari era ‘Timur bertemu Barat’ yang menggandingkan dua budaya yang berbeza iaitu Belanda dan Peranakan. Malah, sebuah telaga masih lagi dipelihara dalam keadaan asal sehingga sekarang di hotel tersebut. Bagi anda yang ingin menginap di sini, harga penginapan untuk satu malam adalah bermula dari RM220 sahaja.


Adakah anda sudah tahu kisah disebalik hotel-hotel tersebut? Detik ini, pasti anda tidak lagi hanya melihat dari sudut kecantikan hotel tersebut tetapi anda dapat juga melihat nilai dan sejarah yang dibawa oleh hotel tersebut.


Walaupun sekarang banyak hotel yang ada di Malaysia tetapi inilah 5 hotel unik yang anda harus sekali seumur hidup menginap dan melihat keunikan seni bina dan melihat bangunan yang memiliki sejarah yang berkaitan dengan negara tercinta kita, Malaysia.


Untuk pengetahuan anda, anda boleh dapatkan lebih banyak diskaun jika anda membuat tempahan di Agoda. Kadangkala anda boleh dapatkan diskaun sehingga 50% dan mendapat harga penginapan dengan kadar yang murah. Agoda adalah salah satu platform tempahan penginapan atas talian yang paling berkembang maju di dunia.


Agoda kini telah berkembang untuk menawarkan lebih 2 juta pilihan penginapan dalam lebih 200 negara di serata dunia. Agoda memberikan akses mudah kepada pengguna untuk memilih penginapan yang terdiri daripada hotel mewah, hotel kos rendah, pangsapuri, kediaman dan vila yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan mereka.


Anda boleh layari laman web ini untuk membuat tempahan penginapan anda dan pastinya harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Tunggu apa lagi?


Artikel lain yang berkaitan dengan tempat penginapan



5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC





Dash Resort Langkawi Tawarkan Penginapan Berkonsepkan Kolonial Perancis





GOLD 3 Boutique Hotel Berkonsepkan Moden Vintaj Di Bukit Bintang




Norlida Ishak Shop