Expired : 18.06.18

6,000 kanak-kanak mangsa penjara Zionis sejak 2015


PALESTIN, 30 Rejab 1440H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 6,000 kanak-kanak Palestin berada dalam tahanan rejim pengganas Israel sejak tahun 2015.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dalam satu kenyataan semalam berkata, 98 ​​peratus daripada jumlah kanak-kanak itu mengalami penderaan psikologi dan fizikal ketika berada dalam tahanan rejim berkenaan.

Katanya, puluhan kanak-kanak bawah umur ditahan selepas ditembak dan dicederakan oleh rejim Zionis.




Sementara itu, Pihak Berkuasa Hal Ehwal Banduan Palestin yang berpangkalan di Ramallah berkata, jumlah rakyat Palestin yang kini berada dalam tahanan Israel adalah sekitar 5,700 orang termasuk, 48 wanita dan 250 kanak-kanak.

“Kanak-kanak di Baitulmaqdis adalah yang paling ramai menjadi sasaran rejim pengganas Israel. Malah, puluhan daripada kanak-kanak itu ditangkap lebih daripada sekali dalam masa sebulan, terutamanya ketika ketegangan protes di Pintu Ar-Rahmah pada Mac lalu,” katanya.



Pihak berkuasa itu berkata, kebanyakan kanak-kanak yang ditangkap ketika serbuan pada waktu malam telah dibawa ke pusat tahanan dan disoal siasat, di mana mereka turut didera serta tidak diberi makan atau minum selama berjam-jam.

“Hak kanak-kanak berkenaan untuk ditemani oleh seorang ibu, bapa atau penjaga ketika sesi soal siasat juga dinafikan. Mereka juga dipaksa untuk menandatangani penyataan yang ditulis dalam bahasa Ibrani – bahasa yang tidak boleh mereka baca,” katanya.




Tindakan itu menyebabkan kebanyakan kanak-kanak mengalami trauma, insomnia, penurunan prestasi di sekolah, selain bertindak agresif kepada persekitaran dan masyarakat sekelilingnya setelah dibebaskan daripada tahanan.

Justeru, pihaknya menggesa organisasi hak asasi manusia antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengambil tindakan terhadap pelanggaran yang dilakukan rejim Israel. – Agensi


The post 6,000 kanak-kanak mangsa penjara Zionis sejak 2015 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop