Expired : 18.06.18

65 cedera diserang askar Zionis di sempadan Gaza-Israel














GAZA, 11 Ramadan 1440H, Khamis – Sekurang-kurangnya 65 rakyat Palestin, termasuk 22 kanak-kanak dan lima wanita cedera, diserang rejim pengganas Israel ketika perarakan aman di Semenanjung Gaza, semalam, bagi memperingati ulang tahun ke-71 Peristiwa Nakba.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra berkata, kebanyakan mangsa cedera diserang menggunakan peluru hidup.

Ashraf berkata, askar Zionis turut menyasarkan serangan ke atas kakitangan perubatan dan menembak tiga anggota paramedik dengan peluru getah.

Perhimpunan sama juga diadakan di bandar Ramallah dan Tebing Barat yang diduduki.

Pada 15 Mei setiap tahun, rakyat Palestin akan mengenang tarikh berkenaan sebagai Peristiwa Nakba, di mana lebih 750,000 rakyat Palestin diusir dari rumah, kampung serta tanah mereka oleh rejim Israel ketika Perang Arab-Israel pada 1948.

Sempena ulang tahun ke-71 semalam, Pergerakan Perjuangan Palestin (Hamas) menyifatkan senjata pejuangnya sebagai garis merah, sekali gus mengutuk cubaan beberapa negara Arab dan Teluk untuk menjernihkan hubungan diplomatik dengan rejim Israel.

Ketegangan di Gaza terus memuncak berhampiran pagar yang memisahkan Gaza dari wilayah diduduki sejak 30 Mac tahun lalu, menandakan siri protes yang dipanggil ‘The Great March of Return’.

Lebih 300 rakyat Palestin telah terbunuh sejak itu, dan kira-kira 17,300 yang lain cedera.- Agensi










 




 








 

 






The post 65 cedera diserang askar Zionis di sempadan Gaza-Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop