Expired : 18.06.18

7,000 sertai majlis tadarus, khatam Quran Wanita Isma


BANGI, 20 Ramadan 1440H, Sabtu – Seramai 7,000 wanita menyertai Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran anjuran Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang diadakan hari ini, di seluruh negara.


Ketua Wanita Isma, Ustazah Suriani Sudi berkata, program yang dijalankan serentak seluruh negara itu, bermula pada jam 9 pagi, melibatkan 34 cawangan Isma di 50 buah surau dan masjid.


“Alhamdulillah kami mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan ini merupakan sambutan yang julung kali kami adakan.


“Memandangkan sambutannya amat menggalakkan, kami merancang untuk mengadakannya secara tahunan dan insya-Allah pada tahun-tahun akan datang program ini akan mendapat sambutan yang lebih lagi. Insya-Allah kita sasar penyertaan sebanyak 20,000 wanita seluruh negara,” katanya.



Beliau berkata, dalam usaha untuk memperkenalkan Wanita Isma dalam masyarakat maka idea penganjuran program seumpama ini tercetus.


“Kami memikirkan program yang paling mudah dan paling senang untuk disertai oleh wanita-wanita di Malaysia


“Maka kami mendapat idea untuk mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini, bagi menganjurkan program khatam al-Quran yang digerakkan oleh setiap cawangan Wanita isma di seluruh Malaysia,” katanya.



Majlis Khatam al-Quran diketuai oleh Ustazah Ainatul Mardiyah bagi peserta di Madrasah Tarbiyah Islamiah dan Ustazah Qatrul Aini untuk peserta di Masjid Ar-Rahah.

The post 7,000 sertai majlis tadarus, khatam Quran Wanita Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop