Expired : 18.06.18

7 Benda ‘Seram’ Bila Anda Alami Simptom PCOS & Haid Tak Teratur, Wanita Kena Alert!




PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal Syndrome’ ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol.


Selain itu, antara perkara lain yang menakutkan para wanita adalah sindrom PCOS ini boleh mempengaruhi tahap kesuburan anda!






7 BENDA SCARY BILA ADA PCOS DAN PERIOD ‘TING TONG’



Dalam satu hari ada 3-4 orang patients datang nak scan untuk confirmkan pregnancy. Period tak datang, buat UPT kat rumah nampak macam positif. Semua pakat bawa kit UPT nak tunjuk kat Dr. Tapi bila scan, rahim kosong. Repeat UPT kat klinik, clear negative.










Dr, period saya lewat tapi kenapa UPT negative.






Dr, period saya dah 3 bulan tak datang.


Dr, period saya yang terakhir 3 tahun lepas (berat patient ni lebih 100kg).


Dr, saya ni dalam setahun tu berkali-kali kena makan ubat lawas period. Kalau tak makan ubat, period tak mai langsung.


Dr, ada cara lain tak nak bagi period teratur selain makan ubat perancang? Sebab saya nak try pregnant.


Banyak lagi kes tau. Tapi ni sebahagian saja. Cuba teka, apa persamaan semua pesakit ini? Yes. Mereka ni boleh kata almost 99% overweight. Dan mostly ada symptoms PCOS.


Artikel berkaitan: Hanya Setahun Sekali Datang Haid, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Hidap PCOS


Polycystic ovarian syndrome



Masalah common yang menyebabkan wanita kurang subur. Nampak gambar tak scan kat bawah? Semua tu telur separa matang dalam ovari yang tak menetas. Kalau telur tak menetas, benih wanita tak keluar, macamana nak mengandung?


Apa berlaku dalam badan wanita PCOS ni?


1. Hormon lelaki dia terlebih. Boleh buat jerawat jadi meriah. Bulu badan pun lebat, pernah kak hana jumpa yang tumbuh misai dan janggut. Yes, wanita ada janggut.


2. Disebabkan hormon tak seimbang, period pun jadi celaru, ting tong.


3. Masalah ketidaksuburan sangat common. Susah mengandung.


4. Dahlah payah sangat pregnant, tapi bila lekat mudah pulak keguguran



5. Biasanya PCOS selalu jadi pada wanita yang overweight atau obese.


6. Insulin dia pun ada “weng” skit. Jadi boleh dapat kencingmanis. Ada yang memang dah dapat kencing manis dah pun.


7. Dinding rahim boleh jadi terlebih tebal. Sepatutnya dia jatuh sebagai period. Tapi tak turun-turun darahnya. Bahaya tau, ni kita panggil endometrial hyperplasia yang berisiko berubah jadi kanser rahim


Takut kan? PCOS ni boleh cuba diatasi mostly dengan mengubah lifestyle!


1. TURUNKAN BERAT BADAN



Kalau kita dapat turunkan 10% berat pun, lebih 55% period boleh jadi teratur semula.


2. UBAH GAYA PEMAKANAN



Makan makanan tinggi protein & fiber dan rendah carbo. Elakkan processed food dan makanan “merepek” seperti jajan dan lain-lain.


3. SENAMAN



Exercise secara berkala. 5x seminggu. Dapat 20 minit sehari pun ok dah. Buat TABATA ke. Yang mana sesuai dengan kapasiti masing-masing.


4. PEMERIKSAAN DOKTOR



Buat pemeriksaan Dr, kalau ada kencing manis perlu dapatkan rawatan. Kalau ada jerawat teruk atau bulu badan yang terlalu banyak, ada rawatannya.


5. RAWATAN KESUBURAN



Kalau nak mengandung, boleh ke klinik untuk rawatan kesuburan. Jika ubat tak berkesan, mungkin pakar boleh buat rawatan surgical. Tapi seeloknya hamil bila berat badan <80kg untuk elakkan risiko-risiko tertentu semasa hamil.


Sumber: Dr. Farhanah Ibrahim










Recommended for you






Norlida Ishak Shop