Expired : 18.06.18

[7 Foto] “Teruskan Istiqomah” – Tahniah! Peminat Memberi Sokongan Kepada Luna Maya Kekal Berhijab

Artis jelita Indonesia, Luna Maya telah berkongsi foto memakai hijab yang mendapat pelbagai respon baik dari netizen terutamanya dari kalangan peminat-peminat beliau sendiri.


Perkongsian itu dibuat di laman instagram beliau buat tatapan seluruh pengikut-pengikutnya di instagram.


Biodata lengkap Luna Maya



  • Nama Lengkap : Luna Maya Sugeng

  • Tanggal Lahir : 26 August 1983

  • Tempat Lahir : Denpasar, Bali, Indonesia

  • Tahun Aktif : 1999 sampai dengan sekarang

  • Tinggi Badan : 173 cm

  • Zodiak : virgo

  • Agama : Islam

  • Kewarganegaraan : Indonesia

  • Twitter : LunaMaya 26

  • Web : www. itslumaya.com

  • Orang Tua : Uut Bambang Sugeng


Rata-rata netizen memuji imej berhijab yang digayakan Luna dan memberi sokongan agar dia terus istiqomah.



“May Allah bless you, teruskan istiqomah.



“Cantik sekali.



“Alhamdulillah, cantik,” tulis netizen



Difahamkan, Luna baru sahaja menunaikan ibadah umrah.



Ekoran itu, ada segelintir pihak yang menganggap Luna menunaikan umrah untuk mencari ketenangan selepas bekas teman lelakinya mengahwini penyanyi Syahrini baru-baru ini.



Baru-baru ini, pasangan popular pengantin itu memilih kotaraya Tokyo, Jepun sebagai destinasi mengikat hubungan pernikahan, jauh dari tumpuan lensa media Indonesia yang sudah jenuh menunggu pengesahan daripada mereka selama ini.


Cerita perkahwinan pasangan ini tidak kurang menjadi berita panas dalam laporan media Indonesia memandangkan Reino merupakan bekas kekasih artis wanita kontroversi, Luna Maya.

Berdasarkan laporan media di negara jiran itu, Luna dan Syahrini pernah bersahabat karib. Bagaimana Syahrini dan Reino menyulam kasih tidak dapat dipastikan, namun suatu yang pasti Luna terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukanlah jodoh lelaki berkenaan.


Berlangsung dalam suasana penuh syahdu, majlis pernikahan Syahrini dan Reino diadakan secara sederhana.


Bagaimanapun, masjid berkenaan dikawal ketat sehingga wartawan Indonesia yang turut berada di Tokyo hanya mampu mundar-mandir di persekitaran masjid sehingga radius 500 meter.


Tiada seorang pun tetamu dibenarkan membawa kamera kecuali pasukan kamera profesional yang diupah oleh pengantin.


Sumber : Astr0Awani via Celotehsaje


Norlida Ishak Shop