Expired : 18.06.18

7 Lokasi ‘Panas’ Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Anda Kena Try!




Bila sebut sahaja nasi kandar mesti kita sudah sinonim dengan negeri Pulau Pinang. Bukan itu sahaja, apabila bercakap mengenai nasi kandar kita sudah terbayang akan keenakan kari dan masakan rempah ratus yang dapat memikat selera sesiapa sahaja. Buat anda yang berada di negeri Pulau Pinang atau yang bakal berkunjung ke sana, inilah 7 senarai lokasi nasi kandar yang paling top anda kena pergi. Rugi kalau tak cuba!


1. Deen Maju







Terletak di Jalan Gurdwara, nasi kandar Deen Maju ini sudah menjadi buah mulut orang ramai. Bagi anda yang berada di Pulau Pinang atau di luar kawasan yang tidak pernah cuba nasi kandar di sini, pastikan datang awal sebab orang dah mula beratur panjang sebelum kedai buka lagi!












2. Nasi Kandar Imigresen








Nasi Kandar Imigresen yang tertelak di Jalan Pasar ini juga turut menjadi pilihan utama bagi warga pulau mutiara ini. Tertelak di Lorong Pasar, jangan lupa untuk campurkan kuah lauk untuk rasa yang lebih kaw!



3. Nasi Beratur



Nasi Kandar Beratur yang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling juga pernah viral suatu ketika dahulu kerana betapa panjangnya orang beratur semata-mata untuk merasai keenakan nasi kandar. Pastikan datang awal supaya lebih cepat boleh menjamu selera.



4. Nasi Kandar Hameediyah



Sudah lama bertapak di Pulau Pinang sebagai salah satu nasi kandar paling lama beroperasi, Nasi Kandar Hameediyah di Lebuh Campbell ini pastinya menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara.



5. Nasi Kandar Mohamed Rafee



Mungkin tidak ramai yang mengetahui tetapi Nasi Kandar Mohamed Raffee di Pulau Tikus ini sering menjadi ‘kegilaan’ orang ramai untuk makanan ‘supper’. Kalau datang pukul 10 malam ke atas memang akan full house.



6. Line Clear



Menjadi antara yang popular bukan sahaja di Pulau Pinang, malah menjadi perhatian buat anda yang berada di luar Pulau Pinang juga. Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang ini juga pernah berada di tangga ke-9 Best Food Street in The World tau!



7. Nasi Kandar Kampung Melayu



Jangan lupa juga untuk singgah ke Nasi Kandar Kampung Melayu untuk merasai keenakan nasi kandar yang asli! Katanya memang mengamalkan resipi turun temurun dari Sri Lanka.



*Terliur dah tengok!


















Norlida Ishak Shop