Expired : 18.06.18

709 sekolah UNRWA dibuka semula September














GENEVA, 10 Zulhijjah 1440H, Ahad – Lebih 700 sekolah di bawah kendalian Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) akan dibuka semula bagi sesi akademik baharu di wilayah Palestin yang diduduki, Jordan, Lubnan serta Syria.

Lebih setengah juta kanak-kanak Palestin akan memulakan sesi persekolahan baharu di fasiliti pendidikan UNRWA itu, walaupun agensi berkenaan berdepan krisis kewangan berikutan pemotongan dana dari Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah lain.

Pesuruhjaya UNRWA, Jeneral Pierre Krahenbuhl berkata, semua kanak-kanak di dunia sepatutnya mempersiapkan diri untuk sesi baharu sekolah, termasuk kanak-kanak pelarian Palestin.

“Kami sangat berterima kasih kepada penyumbang yang masih komited untuk memelihara pendidikan anak-anak pelarian Palestin sehingga kami mengumumkan untuk membuka sekolah UNRWA.

“Banyak keluarga akan melihat anak-anak mereka kembali berada dalam bilik darjah pada bulan September nanti. Keberanian dan semangat yang ditonjolkan anak-anak pelarian untuk mengejar pendidikan walaupun berdepan konflik di bawah pendudukan menjadi inspirasi untuk kita semua,” katanya.

UNRWA mengendalikan 709 sekolah rendah di seluruh Timur Tengah, serta lapan sekolah menengah di Lubnan dengan pendidikan percuma untuk lebih 530,000 kanak-kanak pelarian Palestin.- Agensi










 




 








 

 






The post 709 sekolah UNRWA dibuka semula September appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop