Expired : 18.06.18

75,000 Xiaomi Mi 9T Dipra-Tempah Di Malaysia Dalam Tempoh 2 Jam

Xiaomi Malaysia telah pun mula menawarkan pra-tempahan untuk Xiaomi Mi 9T secara rasminya di Malaysia sejak semalam. Apa yang menariknya, melalui statistik terkini yang dikongsikan pengeluar berkenaan, mereka mengatakan pra-tempahan habis dilakukan oleh pengguna dalam tempoh 2 jam sahaja.


Xiaomi Mi 9T


Xiaomi turut berkongsi mengatakan sebanyak 75,000 unit Xiaomi Mi 9T telah dipra-tempah dalam tempoh berkenaan – sekaligus mencatatkan rekod mereka tersendiri.


Xiaomi Mi 9T merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada Xiaomi yang hadir dengan pelbagai penawaran menarik, termasuk kamera pop-naik, bateri 4000mAh, serta kamera belakang 48-megapixel. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1199, tetapi ketika pra-tempahan semalam, ia ditawarkan dengan diskaun menjadikan ia berharga RM1099.


Bagi anda sendiri, adakah anda antara pembeli Xiaomi Mi 9T berkenaan?



Norlida Ishak Shop