Expired : 18.06.18

75 peratus rakyat Yaman tidak dapat akses kesihatan


SANA’A, 19 Muharram 1441H, Khamis – Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) melaporkan, 75 peratus daripada warga Yaman tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan.


Dalam satu kenyataan semalam, ICRC berkata, hampir 50 peratus kemudahan kesihatan di negara itu tidak lagi berfungsi dan hanya kurang daripada 30 peratus bekalan ubat-ubatan yang tinggal bagi pesakit di negara itu.


Sektor penjagaan kesihatan di negara ini teah merosot susulan konflik berterusan yang bermula lima tahun lalu.


Dibantu Barat, pakatan tentera diketuai Arab Saudi bertempur dengan militan Syiah Houthi sejak 2015 dalam usaha menempatkan semula kerajaan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa di Yaman.


Konflik Yaman secara keseluruhannya dilihat sebagai perang proksi antara Arab Saudi dan Iran.


Yaman kekal miskin sejak Houthi menguasai negara berkenaan termasuk ibu negaranya, Sana’a.


Sementara itu, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 90,000 orang awam telah terbunuh ketika peperangan dan lebih 11 peratus rakyat negara itu telah menjadi pelarian di negara lain. -Agensi


The post 75 peratus rakyat Yaman tidak dapat akses kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop